Sunday, May 31, 2009

Mengapa aromaterapi? "Why aromatherapy?"


Aromaterapi adalah cara untuk meningkatkan mutu dan kualiti kehidupan dari segi fizikal, peningkatan perasaan, semangat dan rohani.

Minyak essensial berbau harum, mengandungi intisari yang tidak berminyak, pekat dan berasal dari tumbuhan liar dan tumbuhan yang ditanam semulajadi. Tujuannya meliputi dari segi fizikal seperti melegakan otot-otot melalui urutan dan emosi yang menyenangkan hati dan perasaan. Dari segi kerohanian ataupun semangat, minyak essensial bermanfaat untuk memudahkan meditasi dan membuat perasaan sentiasa tenang serta memupuk keriangan.

Idea disebalik aromaterapi adalah, pertama, untuk mencari dan mengenalpasti haruman yang unik untuk setiap individu, yang berkeupayaan menjalin perasaan deriaan dan emosi yang positif, seterusnya haruman ini patut diintegrasi dan dapat digunakan ke dalam kehidupan harian setiap individu tersebut untuk meningkatkan kesihatan holistik. Haruman semulajadi ini dapat memperkuatkan hubungan kita dengan bumi dan menggamit emosi dan memori yang baik.

~Haniff

Apakah maksud aromaterapi?

Istilah 'Aromaterapi' sebenarnya terdiri dari dua patah perkataan iaitu “Aroma” bermaksud bau atau haruman, dan “Teraphy” yang bermaksud rawatan. Sejak zaman 6000 tahun yang lalu, bermula dari tamadun purba di Cina, Mesir dan India telah menggunakan intisari bunga-bungaan, tumbuh-tumbuhan dan keunggulannya untuk penyembuhan. Aromaterapi merupakan suatu seni penyembuhan yang berasaskan dari alam semulajadi. Prinsip asas dari aromaterapi adalah untuk menguatkan proses penyembuhan diri dengan cara merangsang sistem imunisasi secara tidak langsung. Penggunaan intisari minyak (Essential Oils) secara intensif dan meluas daripada haruman lembut yang unik dan halus sehinggalah rawatan terapi tembusan yang mendalam merupakan perawatan terapeutik yang sangat hebat. Aromaterapi adalah kaedah rawatan yang holistik, bermakna ianya mengambil kira kesan positif yang akan terhasil dari segi jasmani, minda dan rohani.

~Haniff

Friday, May 29, 2009

Aromaterapi dan kebaikannya


Aromaterapi wujud sejak 6000 tahun yang lampau. Asal-usulnya bermula dari orang Mesir purbakala yang dikatakan adalah yang pertama mengamalkan aromaterapi dengan menggunakan kaedah merendam tumbuh-tumbuhan yang wangi ke dalam campuran yang mendidih untuk mengeluarkan minyaknya. Imhotep, yang dianggap sebagai tuhan perubatan dan penyembuhan bagi rakyat Mesir purbakala, menyarankan penggunaan minyak aromaterapi ketika mandi, berurut(massage) dan ketika mengapankan mayat ataupun mummia pada dulu kala.

Aromaterapi juga telah digunakan berabad sebelum in oleh tamadun Cina, India dan Roman yang mengikuti cara penggunaanya dari tamadun Yunani kuno. Dewasa kini, aromaterapi telah menunjukkan pemulihan kegunaannya sebagai salah-satu cara perubatan alternatif. Walaupun ianya tidak dapat menggantikan perubatan tradisional, tetapi ianya dapat menyembuh dari segi minda, jasmani dan semangat(rohani) dengan ciri-ciri holistik yang dimilikinya.

Kebaikan daripada segi perubatan termasuklah dengan mengurangkan keletihan, masalah pernafasan, termasuklah selsema, sakit kerongkong, resdung, lelah dan bronkitis. Apa yang lebih utama adalah aromaterapi itu sendiri dapat membersihkan dan memperbaiki kualiti udara.

~Haniff

Spa dan aromaterapi

Spa dan aromaterapi seakan sinonim dan tidak dapat dipisahkan lagi. Kebiasaannya kita akan menghirup udara yang nyaman dan bau-bauan yang wangi sejurus kita memasuki sesebuah spa. Secara tidak sengaja bau-bauan iyang dihirup ni akan membuatkan minda dan jiwa berasa tenang(rileks). Blog ini akan membincangkan tentang apakah yang dinamakan dengan aromaterapi dan fungsi aromaterapi dalam kehidupan kita sehari-hari. Diharap dengan adanya blog ini, akan dapat meningkatkan pemahaman anda dan berkongsi pendapat tentang betapa pentingnya aromaterapi di dalam kehidupan sekarang yang semakin meningkat maju dan kualiti udara yang semakin menurun. Segala pandangan dan komen amatlah dihargai. Salam perkenalan dari saya, insan yang maha kerdil dan sentiasa mahu memperbaiki dan tolong-menolong sesama insan. Sebarang komen daripada saudara-saudari sekalian amatlah dihargai. Tq.

~Haniff.